Ku tidak boleh kata, ikutlah aku dan kau akan dapat manafaat dariku,
Ku hanya mampu berkata ikutlah ini dan kau tentu akan dapat manafaat lebih dariku.
Sahabatku..
Janganlah kau terpengaruh dengan kata-kataku,
walaupun manis dan enak didengar,
walaupun kau fikir kau boleh jadikannya penawar,
mungkin ianya racun bagimu dan juga bagi diriku.
Sahabatku..
Kau ikutlah jalan ini, ia akan jadi penawar bagimu dari segalanya,
Ikutilah Ia sebagai teman sejatimu,
Kerana jalan inilah sebenar-benar yang akan memberi cahaya dan petunjuk kepada mu,
Yang akan membawamu ke jalan tuhan mu.
Nukilan : Cikgu Syahir
No comments:
Post a Comment