Kata-kata mutiara

Sesiapa yang Allah keluarkan dari kegelapan kepada cahaya, akan mendapati betapa terangnya kebenaran tersebut. Kerana cahaya tersebut akan menyingkap untuknya hakikat kebenaran, sehingga ia dapat mengetahui bahawa yang hak itulah yang hak dan yang bathil itulah yang bathil.
Asy-Syaikh ‘Abdullah al-‘Ubailan (Ulama Hadis ‘Arab Saudi).

Artikel di dalam blog ini sebahagiannya adalah diambil dari blog-blog lain yang menjadi pilihan saya sebagai koleksi untuk dimuatkan dalam blog ini dan sebagai perkongsian untuk semua. Manakala jika tidak dinyatakan sumber adalah artikel dari saya sendiri. Semoga mendapat manafaat.

Pages

Thursday, August 19, 2010

Cara Ganti Puasa Ramadhan & Bayar Fidyah Puasa

Artikel menarik dari blog

Oleh : Ustaz Noramin
http://www.ustaznoramin.com/2010/06/cara-ganti-puasa-
Linkramadhan-bayar-fidyah.html

Soalan :


Assalamualaikum ustaz,

saya menuntut di luar negara. saya telah mengqadha segala puasa saya yg saya tinggalkan dizaman remaja dulu. hampir 70 hari kesemuanya.

semua telah siap saya qadha. masalahnya ialah, saya tidak tahu cara membayar Fidyah. saya tahu cara mengira nya. cuma saya tidak tahu di mana harus saya bayar Fidyah tersebut sebelum masuk Ramadhan tak lama lagi.

adakah saya harus bayar di malaysia iaitu ditempat saya dibesarkan, atau saya boleh bayar sahaja di negara saya belajar sekarang?

tapi, jika saya bayar disini, harganya sangat mahal. bolehkah saya bayar di Malaysia dengan hanya mengirim wang kepada rakan dan membayarnya di mana2 pusat pungutan zakat di Malaysia?

tapi urusan nya agak rumit dari segi pemindahan wang, bolehkah saya membayar Fidyah tersebut dalam bentuk seolah2 saya bersedekah sahaja kepada pihak masjid dengan memasukkan duit zakat mengikut jumlah bayaran Malaysia?

saya confius la ustaz..

saya ada jumpa satu laman web yg menyediakan segala maklumat bank untuk kita bayar zakat. ianya berpangkalan di Sri Lanka. boleh kah saya bayar sahaja Fidyah tersebut kepada pusat zakat sri lanka tersebut? ianya mudah bagi saya, kerana saya tidak perlu menyusahkan sesiapa mewakili saya membayar Fidyah. saya hanya perlu transfer duit sahaja. jika boleh, kadar Fidyah yg mana satukah yg saha kena guna? adakah harga secupak beras Sri Lanka, atau secupak beras negeri Terengganu (kelahiran saya) atau secupak beras yg saya makan di tempat saya sekarang?


atau, paling senang, bolehkah ustaz tolong saya bayarkan Fidyah tersebut? saya boleh masukkan duit ke dalam akaun ustaz. saya segan untuk minta tolong ahli keluarga di malaysia.. saya tak nak lah mereka tahu yg saya 'ponteng' puasa.

harap ustaz boleh jelaskan.. terima kasih.

Jawapannya :

Puasa atau dalam istilah arabnya saum secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)

Orang Yang Dilarang Puasa

Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :
“Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim)

Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa

  1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.

  2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.

  3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.

  4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.

  5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.

  6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.

Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.

Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang 200 hingga 300 gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :

“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun sebanyak secupak beras selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Contohnya jika puasanya tidak diganti selama 3 tahun, maka dia wajib puasa ganti dan membayar Fidyah, setiap 1 hari puasa 2 cupak beras.

Penjelasan, setiap secupak beras mewakili sehari puasa ganti. Fidyah dikira pada tahun yang kedua sebanyak satu cupak beras mewakili sehari puasa dan fidyah bertambah secupa lagi pada tahun seterusnya.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membeli beras dan diberikan kepada fakir miskin. Sepengetahuan ilmu saya yang sedikit ini, Fidyah tidak boleh digantikan dengan duit, kerana duit dan beras itu adalah perkara yang berbeza. Hal ini beza dengan Zakat Fitrah yang boleh dibayar dengan duit mengikut nilaian beras semasa. Kalau diikutkan dengan maksud Fidyah juga adalah satu cupak beras yang disedekahkan kepada fakir miskin.

Sekadar ini sahaja penjelasan saya, jika ada apa-apa yang tidak difahami dan ragu-ragu, maka boleh bertanya di ruangan komen di bawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya apabila ada masa lapang nanti. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari saya sendiri.

Oleh : Ustaz Noramin

Sumber

4 comments:

  1. assalamualaikum,ustaz...
    saya harap ustaz blh menjawab kekeliruan yg saya hadapi ini...umie sy telah kembali ke rahmatullah pd 10feb yg lepas...pemasalahn nye,arwah ade puasa yg tertinggal sbyk 12 hari pd tahun 1992...dan beberapa hari bagi tahun berikutnye....hal ini kerana die slalu sakit2...sy di fahamkn bhawa anak2 diberi 2 pilihan utk membantu arwah, sama ada menqadakn puasa nye atau membayar fidyah...tetapi yg menjadi kemusykilan saya ialah adakah fidyah yg perlu sy byr utk arwah berganda seperti org yg masih hidup yg meninggalkan puasa?mohon ustaz menjawab kekeliruan saya ini, kerana saya ingin segera menyelesaikan hutang-piutang arwah d dunia ni..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Nurfatihah,

    Sebenar artikel diatas bukan hasil dari saya tapi copy n paste sumber dari blog seperti dinyatakan di bahagian bawah artikel ini.Awak boleh merujuk kepada sumber asal artikel ini untuk bertanya apa-apa.
    http://www.ustaznoramin.com/2010/06/cara-ganti-puasa-ramadhan-bayar-fidyah.html

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,ustad..

    sy ade kemuskilan sedikit.
    sy tk smpt utk ganti puasa tahun 2009 sebyk 2 hari.
    soalan sy adalah:
    a)berapa fidyah yg sy patut byr?kdr mane yang sy patut ikut dn pd siapa sy patut bayar fidyah tersebut?
    b)berapa hari puasa kah yang sy patut ganti?

    sekian terima kasih ustad.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ustaz.

    saya berusia 16 thn dan saya tidak habis qadha puasa saya.saya belum mampu untuk membayar fidyah kerana saya belum bekerja.adakah wajib untuk saya membayar fidyah sekarang atau wajib sekiranya saya sudah bekerja??diharap ustaz sudi membantu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...