Kata-kata mutiara

Sesiapa yang Allah keluarkan dari kegelapan kepada cahaya, akan mendapati betapa terangnya kebenaran tersebut. Kerana cahaya tersebut akan menyingkap untuknya hakikat kebenaran, sehingga ia dapat mengetahui bahawa yang hak itulah yang hak dan yang bathil itulah yang bathil.
Asy-Syaikh ‘Abdullah al-‘Ubailan (Ulama Hadis ‘Arab Saudi).

Artikel di dalam blog ini sebahagiannya adalah diambil dari blog-blog lain yang menjadi pilihan saya sebagai koleksi untuk dimuatkan dalam blog ini dan sebagai perkongsian untuk semua. Manakala jika tidak dinyatakan sumber adalah artikel dari saya sendiri. Semoga mendapat manafaat.

Saturday, February 28, 2015

Buku Untuk Dijual 2

TERBARU...boleh didapati dari Azfiq Solutions...

1. Muqaddam Alquran Juz 'Amma - RM3.00
2. Al Quranul Karim (Quran Biasa) - RM12.00
3. Al Quran Kulit Tebal Biru (Saiz Sederhana) RM17.00
4. Quran (Saiz Kecil) - RM23.00
5. Quran Dan Terjemahan(Saiz Kecil) - RM40.00
6. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi) - RM55.00
7. Quran Bertajwid beserta Asbabun Nuzul dan Hadis - RM130.00
8. Matan Al-Jurumiah (Ilmu Nahu Asas bahasa Arab) - RM16.00


Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Call/SMS/Wasap (Syahir): 0198183996


 RM3.00

 RM12.00

 RM17.00

 RM23.0

 RM40.00
Penerbit : Pustaka Darul Iman


  RM55.00
Penerbit : Darul Fikir

 RM130.00
Penerbit : Telaga Biru

 RM16.00
Penerbit : Pustaka Haji Abdul Majid

Buku-buku lain :      Buku Untuk Dijual 1

Monday, February 23, 2015

Misi Solat dan sumbangan banjir Ex-MRSM Pengkalan Chepa 93/94 ke Manik Urai n Dabong 20 Februari 2015

Alhamdulillah, setelah beberapa lama merancang dan membuat kutipan derma serta sumbangan dari pelbagai pihak, misi telah berjalan dengan jayanya.
Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan, penyumbang serta semua yang terlibat secara langsung serta tidak langsung.
Misi ini bertujuan menyampaikan kelangkapan solat ke beberapa buah masjid dan madrasah serta sumbangan wang tunai kepada penduduk sekitar yang terlibat dengan banjir besar 2014.
Antara tempat yang diziarahi adalah Kg Manik Urai Lama, Kg Pemberian, Kg Aur Gading dan Maahad Tahfiz Al-Aulad di Dabong.
Saya lebih suka menganggap misi ini sebagai program ziarah untuk menunjukkan keprihatinan kepada nasib penduduk kampung yang terjejas akibat banjir serta dapat melihat dan bertanyakan khabar sendiri keadaan mereka.


Penganjur :
Misi dianjurkan oleh bekas-bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa sesi 93/94. Segala bentuk komunikasi hanya menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook termasuk pelantikan ajk dan sebaran maklumat misi.

Sukarelawan :
Terdiri daripada pelbagai latarbelakang pekerjaan seperti jurutera, guru, bekerja sendiri, pekerja syarikat swasta serta suri rumah.


Sukarelawan yang terlibat dalam misi.

Persediaan sebelum bertolak

Sebahagian dari barangan yang dibawa.

 Jambatan menuju ke Kg Manik Urai Lama
 

Pelbagai kerosakan dapat dilihat kesan dari banjir yang melanda. Ada yg kehilangan seluruh harta benda.
 Penyerahan barangan wakaf kepada wakil masjid Kg Manik Urai Lama

 
Lihat paras air yang hampir menenggelamkan rumah dua tingkat ini...


 
 
 
 
 
Salah seorang rakan kita ex-mrsm (Encik Rudi) juga adalah mangsa yang terlibat dengan banjir.




Penyerahan bantuan kepada wakil untuk diagihkan kepada sebahagian penduduk yang terlibat.


 Sebahagian rumah pakcik ini musnah


 Kelihatan barang2 yang masih tinggal untuk meneruskan kehidupan

 Persediaan untuk ke tempat seterusnya


 Lambakan baju2 terpakai..Ini bukan keperluan mereka lagi sekarang..

 Jambatan sementara menuju Kg Pemberian, yg lama hanyut entah ke mana.




 Lambakan baju yang bukan keperluan lagi sekarang.

Rumah penduduk yg total loss tinggal di khemah


 Sesi penyerahan barangan wakaf serta sumbangan wang tunai kepada Imam Masjid Kg Pemberian untuk diagihkan kepada sebahagian penduduk kampung.

 Perjalanan menuju Kg Aur Gading






 Tabika asal mengalami kemusnahan bangunan serta hartabenda

Masjid Aur Gading


AlQuran dan buku2 dari masjid yang mengalami kerosakan




 Air menenggelamkan keseluruhan rumah dan masjid..Bumbung masjid telah digantikan dengan bumbung baru


 Bekalan ubatan untuk penduduk

 Wajah yang masih lagi ceria walaupun ditimpa kesukaran.

 Sesi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada wakil penduduk Kg Aur Gading

 Sesi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Maahad Tahfiz Al-Aulad Dabong


Sebahagian sukarelawan yang meneruskan misi ke Dabong.


Kami mengalu-alukan pihak lain untuk turut sama menganjurkan misi seperti ini kerana mereka di sana masih memerlukan bantuan serta sokongan anda.
Tidak dapat bantu sikit, banyak pun takpe.

Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah, insya Allah.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...