Kata-kata mutiara

Sesiapa yang Allah keluarkan dari kegelapan kepada cahaya, akan mendapati betapa terangnya kebenaran tersebut. Kerana cahaya tersebut akan menyingkap untuknya hakikat kebenaran, sehingga ia dapat mengetahui bahawa yang hak itulah yang hak dan yang bathil itulah yang bathil.
Asy-Syaikh ‘Abdullah al-‘Ubailan (Ulama Hadis ‘Arab Saudi).

Artikel di dalam blog ini sebahagiannya adalah diambil dari blog-blog lain yang menjadi pilihan saya sebagai koleksi untuk dimuatkan dalam blog ini dan sebagai perkongsian untuk semua. Manakala jika tidak dinyatakan sumber adalah artikel dari saya sendiri. Semoga mendapat manafaat.

Pages

Sunday, January 7, 2018

Umrah 8 Disember 2017 Perjalanan Ke Tanah Suci 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, baru berkesempatan menyambung hasrat untuk mencoretkan perjalanan umrah yang telah dilaksanakan pada penghujung tahun 2017. Walaupun sebelum ini sudah ada catatan yang dibuat di facebook tetapi rasanya lebih baik diabadikan segala kenangan dan pengalaman di blog ini untuk tatapan diri sendiri dan juga sebagai pedoman pada yang lain.

Mula sampai seru untuk menunaikan umrah.

Segalanya bermula sejak 8 bulan sebelum itu apabila ajakan seorang kawan yang juga rakan guru yang mengajar di sekolah yang sama di SMJK Poi Lam, Ipoh, Perak iaitu Tuan Haji Abdul Razak. Sudah banyak trip yang ditawarkan oleh Tuan Haji Abdul Razak yang juga merupakan seorang ejen pelancongan secara part time. Sudah banyak negara yang dilawatinya n banyak kali juga mengajak kawe untuk menyertainya tapi hanya berminat pada pakej umrah ini yang dikendalikan oleh Andalusia Travel.

Detail umrah adalah seperti berikut:

Pengendali Umrah : Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd
Tarikh Umrah : 8 Disember - 19 Disember 2017
Harga pakej ekonomi : RM6490.00 (Bilik penginapan berempat)
Penerbangan  : Mas MH A380 Sewa Khas
Destinasi        : Kuala Lumpur - Madinah 8 Disember 2017
                       Madinah - Kuala Lumpur 18 Disember 2017                 
Hotel             : Madinah - Hotel Mawaddah AlWafa
                       ( 200 m dari Masjid Nabawi)
                       Mekah   - Hotel Hanen AlFirdaous
                       (350 m dari Masjidil Haram)


 



Persediaan sebelum berangkat

Antara persediaan penting sebelum berangkat adalah :

1. Penyediaan passport 
2. Suntikan vaksin di klinik 
3. Gambar untuk visa 
4. Kursus umrah di pejabat Andalusia Treavel (Sehari)

Passport, sijil suntikan dan gambar perlu diserahkan kepada pihak Andalusia untuk permohonan  visa oleh kerajaan  Arab Saudi. 

Sehari sebelum penerbangan ke Madinah

Kawe menaiki flight dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan ke KLIA2 Kuala Lumpur pada 7 Disember 2017 . Tidak sangka ramai pulak sanak saudara yang datang untuk menghantar dan mengucapkan selamat berangkat. Terima kasih kepada semua. Inilah penerbangan pertama kawe selepas 5 tahun. Kali terakhir menaiki flight adalah pada November 2012, dari Kuala Lumpur - Kota Bharu, balik dari Kapit, Sarawak apabila dapat berpindah ke Ipoh, Perak.

 Antara yang hadir

Perjalanan KB - KL di musim tengkujuh

Di Kuala Lumpur, bermalam satu malam di rumah adinda di Puchong Putra sementara menunggu penerbangan ke Madinah keesokan harinya.


Ciksu (di belakang) dan suaminya

Penerbangan ke Madinah

Semua tetamu Allah dikehendaki berada di KLIA pada pukul 9 pagi untuk sesi taklimat oleh pihak Andalusia. Di sini, passport dan visa diserahkan kepada semua tetamu Allah untuk urusan seterusnya iaitu pemeriksaan imigresen untuk pelepasan antarabangsa. Penerbangan ke Madina dijadualkan pada pukul 1.00 tengahari pada hari Jumaat 8 Disember 2018.

 Ciksu dan anak 2saudara menghantar ke KLIA

 Bersama dua pupu yang sudah lama tidak berjumpa, bekerja dengan MAS
 
 Stail biasa saja hehe

Tiket penerbangan Kuala Lumpur - Madinah 8 Disember 2017

 Antara jemaah Andalusiadan sanak saudara yang menghantar di KLIA.

Bersama cikgu Tuan Haji Abdul Razak

 Taklimat olef pihak Andalusia Tours And Travel

Pemeriksaan passport di pelepasan antarabangsa

 Dari kejauhan, pesawat MH A380

Pesawat berlepas dari KLIA pada pukul 1.00 tengahari menuju Madinah, Arab Saudi. Perjalanan mengambil masa kira-kira 9 jam

 Pesawat tiba di Madinah

Tiba di Madinah, Arab Saudi pada lebih kurang pukul 10 malam (waktu Malaysia) pukul 5 petang (Waktu Madinah), perbezaan waktu adalah 5 jam.

Bersambung :  Umrah 8 Disember 2017 Ziarah Madinah 2





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...