Kata-kata mutiara

Sesiapa yang Allah keluarkan dari kegelapan kepada cahaya, akan mendapati betapa terangnya kebenaran tersebut. Kerana cahaya tersebut akan menyingkap untuknya hakikat kebenaran, sehingga ia dapat mengetahui bahawa yang hak itulah yang hak dan yang bathil itulah yang bathil.
Asy-Syaikh ‘Abdullah al-‘Ubailan (Ulama Hadis ‘Arab Saudi).

Artikel di dalam blog ini sebahagiannya adalah diambil dari blog-blog lain yang menjadi pilihan saya sebagai koleksi untuk dimuatkan dalam blog ini dan sebagai perkongsian untuk semua. Manakala jika tidak dinyatakan sumber adalah artikel dari saya sendiri. Semoga mendapat manafaat.

Saturday, April 9, 2011

Nota: Socrates

Dari blog Umat Terakhir

Causa Prima

Kejadian alam bermula secara terhitung daripada Penyebab Utama yang mana ‘kewujudan Penyebab Utama’ itu pula tiada lagi penyebab lain (yang lebih berkuasa untuk mencipta Penyebab Utama itu) dan (kewujudan Penyebab Utama itu pula) tiada disebabkan oleh apa jua sebab.”Socrates.


SOCRATES yang pernah hidup pada 470SM hingga 399SM adalah satu nama besar dalam sejarah peradaban Yunani (Greek). Dia bagaimanapun dihukum mati dengan cara menelan racun pada 399SM selepas didapati menyebarkan ajaran baru yang bertentangan dengan kepercayaan pagan yang dianuti rakyat Athens pada ketika itu.

Ahli falsafah terkenal Yunani itu juga menganggap pengikut-pengikutnya sebagai anak-anaknya sendiri dan sentiasa mengajar mereka mengenai fahaman agama monotheism (penyembahan terhadap Tuhan yang satu) yang sangat bertentangan dengan fahaman pagan.

Menurut catatan pengikutnya (Plato) dalam teks falsafah Yunani yang terkenal iaitu Phaedo, Socrates diberi tempoh selama satu hari untuk menelan racun yang diberikan pembesar Yunani. Jika enggan, dia akan dihukum mati dengan cara yang lebih kejam hanya kerana membawa ajaran monotheism yang begitu bercanggah dengan fahaman politeism.

Timbul persoalan di sini ialah status Socrates sebagai seorang yang berpegang teguh kepada kepercayaannya mengenai Tuhan itu satu dan sanggup mati demi mempertahankan kepercayaannya itu meskipun pernah diumpan dengan segala kemewahan jika meninggalkan kepercayaan itu.

Konsep Causa Prima yang dicatatkan pengikutnya meninggalkan banyak petunjuk dalam mengenali siapa Socrates yang sebenarnya.

Ia termasuk pengakuan Socrates mengenai kebimbangannya untuk bertemu Tuhan yang satu selepas dia mati dengan cara menelan racun yang sama keadaannya seperti membunuh diri. Dia bimbang tidak diterima oleh Tuhannya jika dia berbuat demikian hanya kerana untuk mempertahankan kepercayannya.

Menurut catatan, Socrates sebelum teguh dengan kepercayaan monotheism selalu bersendirian bagi mencari jawapan terhadap penciptaan alam. Dia suka memerhati bintang-bintang dan langit luas untuk memikirkan mengenai Kuasa yang menciptakan semua kejadian.

Akhirnya, dia menemui jawapan bahawa alam ini tidak dicipta oleh tuhan yang banyak, melainkan oleh Satu Kuasa yang menjadi penyebab kepada semua kejadian. Kepercayaan Socrates menghampiri kepercayaan Tauhid meskipun dia tidak tahu apakah nama Tuhan yang satu itu. Namun, dia tetap yakin dengan teguh bahawa Tuhan yang menjadikan setiap kejadian hanya satu. Dia hanya mahu menyembah Tuhan itu meskipun tidak mengetahui nama-Nya. Demi kepercayaan itu, Socrates sanggup mati.

Selepas kematian Socrates, para pengikutnya kemudian berpecah demi keselamatan, termasuklah Plato dan Aristotle. Aristotle ketika melarikan diri kemudian dipelawa oleh Alexander The Great untuk mengajarnya mengenai falsafah dan pada masa yang sama melakukan ekspedisi ke timur dan barat.

Meskipun Alexander dari keturunan elit istana dan mengetahui bahawa Aristotle itu adalah pengikut Socrates, dia bagaimanapun tidak menghukum Aristotle. Sebaliknya, dia melantik Aristotle sebagai penasihat dan guru peribadi untuk membantunya melakukan ekspedisi ke timur dan barat.

Aristotle adalah salah seorang murid Socrates yang terbaik. Secara langsung, dia juga berpegang kepada kepercayaan terhadap Tuhan yang satu sebagaimana yang dipercaya oleh gurunya. Oleh sebab itu, Aristotle melarikan diri daripada pembesar-pembesar Yunani untuk menyelamatkan kepercayaannya.

Secara tidak langsung juga, kepercayaan yang dipegang oleh Aristotle perlahan-lahan mempengaruhi muridnya, Alexander. Timbul persoalan besar iaitu adakah Tuhan yang satu seperti kepercayaan yang dipegang Socrates itu merujuk kepada Allah? Siapakah Socrates? Siapakah pula Alexander yang menjadi generasi ketiga murid Socrates melalui Aristotle?

Socrates mati selepas menelan racun yang diberikan kepadanya hanya kerana mahu mempertahankan kepercayaannya terhadap tuhan yang satu. Kata kerja ‘menelan’ juga sama maksudnya dengan perkataan Arab iaitu ‘luqman’.



Jadi, siapakah Socrates yang sebenarnya?
Siapakah pula Alexander?

Sumber

2 comments:

  1. dalam buku Alexander adalah Iskandar mengatakan bahawa Socrates itu adalah Luqman Al Hakim yg sesuai dengan namanya iaitu Luqman= telan..didalam sejarah, hnya satu tokoh sahaja yang menelan racun kerana mempertahankan kepercayaan bahawa tuhan itu satu....

    ReplyDelete
  2. Salam hormat,
    Kisah mengenai Socrates sangat menarik untuk dikaji oleh ahli-ahli masing-masingnya. Mengenai kepercayaan Socrates yang berpegang kepada hanya satu Tuhan (Tuhan Yang Esa).

    Walaupun socrates tidak menyebut siapa nama Tuhannya, itu bukan perkara yang penting kerana telah jelas kepada kita bahawa tiada tuhan melain Dia lah satu-satunya Tuhan. Apabila diketahui seseorang telah mengakui keesaan Tuhan, tiada siapa lagi yang dijadikan tuhan melainkan tuhan itu sendiri.

    Ini berbeza dengan apabila seseorang yang menganggap matahati sebagai tuhan, atau menganggap nabi isa sebagai tuhan, atau menganggap apa-apa yang tidak sepatutnya sebagai tuhan.

    Apabila seseorang mengatakan dia menyembah tuhan yang menjadikannya, atau mengatakan menyembah tuhan yang mencipta langit dan bumi, atau mengatakan menyembah tuhan tanpa dirujuk kepada apa-apa ciptaan tuhan itu sendiri, ini sudah cukup membuktikan mereka tidak menyembah yang lain selain dari menyembah tuhan itu sendiri.

    Bagi contoh yang lain ialah seperti seseorang yang menjadikan hawa nafsunya atau akal fikirannya atau duit atau orang berkuasa sebagai tuhan, Ini juga boleh dikelaskan sebagai orang yang menyembah selain tuhan itu sendiri kerana ia kelihatan seperti menyembah diri sendiri, sedangkan dirinya sendiri juga adalah ciptaan tuhan.

    Kelihatan agak mudah untuk mengesakan tuhan, inilah yang diperjuuangkan oleh para nabi semenjak dahulu kala sehingga para sahabat Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak susah untuk menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan tetapi mementang penggunaan nama latta dan uzza. Lihatah juga nama-nama yang disebut oleh nabi-nabi lain sebelum itu.

    Inilah juga selayaknya diperjuangkan oleh umat-umat Muhammad s.a.w zaman ini. Iaitu memperjuuangkan keesaan Tuhan dan melarang sesiapa yang mengatakan isa sebagai tuhan, atau melarang sesiapa mengatakan patung sebagai tuhan, atau melarang sesiapa mengatakan apa-apa ciptaan tuhan sebagai tuhan.

    Semoga ditunjukkan jalan yang benar oleh Tuhan yang maha mengetahui lagi maha adil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...