Kata-kata mutiara

Sesiapa yang Allah keluarkan dari kegelapan kepada cahaya, akan mendapati betapa terangnya kebenaran tersebut. Kerana cahaya tersebut akan menyingkap untuknya hakikat kebenaran, sehingga ia dapat mengetahui bahawa yang hak itulah yang hak dan yang bathil itulah yang bathil.
Asy-Syaikh ‘Abdullah al-‘Ubailan (Ulama Hadis ‘Arab Saudi).

Artikel di dalam blog ini sebahagiannya adalah diambil dari blog-blog lain yang menjadi pilihan saya sebagai koleksi untuk dimuatkan dalam blog ini dan sebagai perkongsian untuk semua. Manakala jika tidak dinyatakan sumber adalah artikel dari saya sendiri. Semoga mendapat manafaat.

Pages

Saturday, April 17, 2010

Kenali Bahagian Kapit, Sarawak

Di petik dari blog SMK Selirik,
Ditulis oleh Cikgu Adham



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam budget 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia ada menyebut mengenai pembinaan jalan raya di Kapit. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penduduk bahagian Kapit.

Ketika membentang bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi membina dan menaik taraf kemudahan infrastruktur luar bandar.

Bagi jalan luar bandar, kerajaan mensasarkan pembinaan jalan perhubungan sepanjang 510 kilometer dan jalan kampung sepanjang 316 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM857 juta.

Rancangan itu termasuk kemudahan jalan perhubung di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak dan sebahagian daripadanya di Sabah.

Penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dengan 551 kilometer sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh menghubungkan Kapit dengan Bahagian Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 kilometer.

Bahagian Kapit terletak di tengah-tengah Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan (Indonesia) di sebelah selatan dan timur, satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat,

100 peratus bergantung kepada perhubungan air iaitu Sungai Rajang.

"Kapit juga adalah bahagian terbesar di Sarawak dengan keluasan sebanyak 38,934 km persegi iaitu kira-kira satu pertiga daripada keluasan negeri Sarawak (124,450 km persegi).

"Bahagian Kapit merangkumi tiga daerah pentadbiran iaitu Kapit (15,596 km persegi), Song (3,935 km persegi) dan Belaga (19,403 km persegi); dan dua daerah kecil iaitu Nanga Merit (1,745 km persegi di daerah Kapit) dan Sungai Asap (2,750 km persegi di daerah Belaga)," katanya.

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu (18.7%), Cina (6.7%), Melayu (3.4%) dan Melanau (1.2%).

Ada 564 buah rumah panjang di Bahagian Kapit. Kebanyakan rumah panjang tersebut terletak di sepanjang sungai-sungai utama. Ini lah kawasan dimana kawe beerkhidmat, menabur bakti pada anak bangsa Malaysia...

(sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 27 Oktober 2009)

Cikgu Adham

Bacs juga : Mujahadah Nafsu di bumi Kapit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...